Monday, April 25, 2011

..kedamaian subuh..


BERSYUKURLAH..
jika hari ini kita masih mampu bernafas tatkala bagun dari tidur..
mengirup udara yang segar dan tidak pernah dikenakan bayaran keatas setiap zarah udara yang kita sedut..

BERSYUKURLAH..
JIKA..hari ini kita masih mampu.. mengambil wuduk.. menyucikan diri dengan air mutlak yang bersih lagi menyucikan,, menyegarkan kembali kudrat-kudrat injaman Ilahi yang tidak ternilai harganya ini.. 



BERSYUKURLAH..
JIKA .. hari ini.. kita masih mampu berdiri dalam solat dengan sempurna kerana masih ramai lagi yang diluar sana berperang dengan diri sendiri untuk bangun dan sujud di subuh hari.. berperang menegakkan kewajipan ILAHI dengan kehendak tidur..



BERSYUKURLAH..
JIKA.. hari ini.. kita masih mampu rukuk dengan sebaiknya.. kerana mungkin diluar sana.. masih ramai yang tidak mampu mengerakkan pinggang - pinggang mereka kerana sakit yang meliputi tubuh..

BERSYUKURLAH.. kerana hari ini kita masih mampu sujud demi mendekatkan diri kepada MAHA PENCIPTA..menyedarkan diri.. betapa kerdilnya dan lemahnya tanpa redha ILAHI..

BERSYUKURLAH..
JIKA.. hari ini.. kita masih mampu menadahkan tangan memohon doa, menyedari kekhilafan diri..kerana betapa ramai yang diluar sana yang masih leka dengan keseronokan pinjaman dunia .


BERSYUKURLAH..
kerana kita masih mampu  belajar dengan tenang dan amanya, kerana mungkin ada diluar sana yang sedang memilih untuk menamatkan langkah perjuangan kerana mengalah dengan kezaliman manusia..

BERSYUKUR... 
panjatlah kesyukuran kepadaNYA,, selagi nyawa dikandung badan.. "sesungguhnya tidak akan terhitung nikmat yang diberikan oleh yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI"

syukur..alhmdulilah....

No comments:

Post a Comment